Jumaat, 13 November 2009

SASTERA ISLAM

AKU nk truskan study SASTERA ISLAM la pulak..........penatnya.huhuhuhu

Sabtu, 31 Oktober 2009

Durian oh Durian

Durian-Setelah lama aku bertungkus lumus mendapatkan buah durian(kira-kira seminggu aku tak dapat makan durian). Namun semalam aku dapat 2 bijik. Sedap sangat makan durian UPM nie. Manis je. Kejap lagi aku nak pergi ambik rambutan. Siape yang nak jom la ikot aku.hehehehe

Jalan licin

26hb OKTOBER 2009- pada malam hari isnin tersebut saya dan kawan-kawan pergi ke pasar malam kat serdang. Semasa melalui bulatan dekat FBMK, saya hampir terjatuh kerana jalan yang sangat licin, begitu juga kawan saya dengan moto satu lagi. Dengan segera saya memberhentikan moto dan melihat tayar takut-takut pancit. Tapi ternyata tidak. Sekejap dari itu, datang kereta 'Toyota Vios' dengan laju, dan berpusing 180 darjah lebih. Selang tak sampai seminit, budak perumpuan dua orang dengan moto Lagenda terbalik. Nasib baik takde kenderaan mengikuti belakangnya. Saya dan kawan segera pergi menggangkatnya, nasib baik tak terok sangat, yang bawak moto luka kat lutut, manakala kawan dia yang kat belakang jalan tehenjot-henjot. Saya terus bagi tahu keselamatan dan bomba datang membersihkan jalan tersebut yang terdapat minyak. Minyak tersebut turun kerana terdapatnya pembuatan jalan dekat dengan kolej ke-5, dan ianya turun disebabkan oleh hujan pada petang tersebut. Saya dan kawan pun hantar budak tersebut kat Pusat Kesihatan(UPM). Maka kami terus dengan misi kami untuk ke pasar malam.

Sabtu, 24 Oktober 2009

KEBUN DI UPM

Kejap lagi aku nak amik rambutan kat belakang kolej aku. Aku rasa puas bila dapat buat dapat amik buah rambutan atau durian, mahupun apa sahaja yang ada kat UPM nie(tp bukan barang-barang bernilai la/atau untuk dirompak).Jom la join sama-sama, anda pun mungkin akan dapat merasakannya, sepertimana yang saya rasa..SELAMAT MENCUBA

SEMINAR

24 OKTOBER 2009-Hari ni aku bangun awal untuk pergi ke seminar MGM3180. Ngantuk sangat aku bangun awal tadi. Masuk dalam dewan Banquet Hall tu aku telah mengikuti seminar Asas Keusahawanan dengan tajuk seminar "Usahawan Boleh Dididik". Dalam seminar tadi selama setengah hari aku bler...huhuhu..Dia cakap BI.Aku faham la jugak sikit, tapi untuk aku tanya soalan memang mustahil la..Tapi aku masih still dalam seminar tersebut sampai habis. Namun apa yang penting aku dapt da ilmu walaupun sedikit........Habis je seminar aku diberi makan nasik gulai ayam. Lepas makan aku solat zohor dan aku terus tidur. ALAMAK sampai pukul 6 aku tidur. Malam ni aku nak pergi kelas koko yang paling last. Lega..!!!

Khamis, 22 Oktober 2009

IKLIM-MIMPI YANG PULANG

Kalau tak silap video iklim ni aku tengok umur tingkatan satu. Memang best sangat lagunya........

klip video dia pun menarik, menusuk kalbu GUA..hehehe

Mula-mula aku tengok video ni memang jiwang la, sedih and felling sangat-sangat. Jadi aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang perasaan aku terhadap lagu ni. Kalau sapa-sapayang sedang bercinta dan putus kasih ke(huhuhu) layan la lagu ni. Comfirm menangis!!!!!!!!!!

Nanti kalau da tengok tinggalkan la komen tentang perasaan anda terhadap lagu ni. Boleh aku bandingkan dengan perasaan aku, manalah tahu kita serupa..LAYANNNNNNNN............................

Sabtu, 17 Oktober 2009

17hb Oktober- Pada jam 8.30 malam aku telah pergi ke bilik kawan untuk makan nasi, semasa membuka periuk nasi, ada sedik nasi dan aku kongsi dengan kawan aku. Di luar bilik terdapat satu meja di tepi brande......
Aku pergi ke situ dan makan nasi sambil memandang-mandang keindahan malam. Pada kesempatan itu, aku telah membuang tulang ayam ke tanah dari tingkat dua.
Namun selang dua tiga minit telah keluar seekor kucing betina dari blok yang berhadapan dari blok aku dan berjalan entah ke mana halanya. Apa yang aku hairan kucing betina tersebut berjalan dan menuju ke tempat tulang yang aku buang tadi, menghidu-hidu dan terjumpa tulang tersebut dan memakannya......Maka kucing tersebut terus berpatah balik dan masuk ke dalam blok yang dia keluar tadi..............AKU SANGAT TEKEJUT DAN TERPEGUN.................

Apa yang terlintas dalam FIKIRAN aku pada masa itu ialah ALLAH itu MAHA BESA dan segala tindak-tanduk makhluknya baik manusia, binatang mahupun tumbuhan adalah ketentuanNYA.. Ini jelas dirancang oleh ALLAH dan kebetulan bagi mata manusia yang terbatas, setelah tulang itu di baling dan jatuh ke tanah, selepas itu keluar seekor kucing dengan tiba-tiba dan terus menuju ke tempat tulang tersebut, menjumpainya, memakan dan terus kembali ke tempat yang dia keluar tadi. AKU SANGAT KAGUM!!!!!