Sabtu, 17 Oktober 2009

17hb Oktober- Pada jam 8.30 malam aku telah pergi ke bilik kawan untuk makan nasi, semasa membuka periuk nasi, ada sedik nasi dan aku kongsi dengan kawan aku. Di luar bilik terdapat satu meja di tepi brande......
Aku pergi ke situ dan makan nasi sambil memandang-mandang keindahan malam. Pada kesempatan itu, aku telah membuang tulang ayam ke tanah dari tingkat dua.
Namun selang dua tiga minit telah keluar seekor kucing betina dari blok yang berhadapan dari blok aku dan berjalan entah ke mana halanya. Apa yang aku hairan kucing betina tersebut berjalan dan menuju ke tempat tulang yang aku buang tadi, menghidu-hidu dan terjumpa tulang tersebut dan memakannya......Maka kucing tersebut terus berpatah balik dan masuk ke dalam blok yang dia keluar tadi..............AKU SANGAT TEKEJUT DAN TERPEGUN.................

Apa yang terlintas dalam FIKIRAN aku pada masa itu ialah ALLAH itu MAHA BESA dan segala tindak-tanduk makhluknya baik manusia, binatang mahupun tumbuhan adalah ketentuanNYA.. Ini jelas dirancang oleh ALLAH dan kebetulan bagi mata manusia yang terbatas, setelah tulang itu di baling dan jatuh ke tanah, selepas itu keluar seekor kucing dengan tiba-tiba dan terus menuju ke tempat tulang tersebut, menjumpainya, memakan dan terus kembali ke tempat yang dia keluar tadi. AKU SANGAT KAGUM!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan