Sabtu, 31 Oktober 2009

Jalan licin

26hb OKTOBER 2009- pada malam hari isnin tersebut saya dan kawan-kawan pergi ke pasar malam kat serdang. Semasa melalui bulatan dekat FBMK, saya hampir terjatuh kerana jalan yang sangat licin, begitu juga kawan saya dengan moto satu lagi. Dengan segera saya memberhentikan moto dan melihat tayar takut-takut pancit. Tapi ternyata tidak. Sekejap dari itu, datang kereta 'Toyota Vios' dengan laju, dan berpusing 180 darjah lebih. Selang tak sampai seminit, budak perumpuan dua orang dengan moto Lagenda terbalik. Nasib baik takde kenderaan mengikuti belakangnya. Saya dan kawan segera pergi menggangkatnya, nasib baik tak terok sangat, yang bawak moto luka kat lutut, manakala kawan dia yang kat belakang jalan tehenjot-henjot. Saya terus bagi tahu keselamatan dan bomba datang membersihkan jalan tersebut yang terdapat minyak. Minyak tersebut turun kerana terdapatnya pembuatan jalan dekat dengan kolej ke-5, dan ianya turun disebabkan oleh hujan pada petang tersebut. Saya dan kawan pun hantar budak tersebut kat Pusat Kesihatan(UPM). Maka kami terus dengan misi kami untuk ke pasar malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan